ZaidMohamad.com

Biar Cedera Dilanggar Kereta Asalkan Abang Polis Jaga

Share this

Turutan kisah Abang Polis Trafik yg jaga anjing cedera, saya nak kongsi 2 Kisah Benar :

1) Pelacur Yang Masuk Ke Syurga Kerana Seekor Anjing.; 2) Pemuda yang memberi makan anjing kelaparan juga masuk Syurga.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Seorang wanita pelacur diampuni oleh Allah. Wanita itu lalu berhampiran seekor anjing di sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kerana kelaparan.

Lalu wanita itu menanggalkan seliparnya, kemudian mengikatnya dengan tudung kepalanya, lalu mengambil air untuk anjing tersebut.

Wanita itu diampuni kerana hal tersebut.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’i al-Khalqi, Bab Iza Waqa’a az-Zubab Fi Syarab…, hadis no: 3321].

Kisah seorang lelaki:

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah SAW menceritakan bahawa seorang lelaki melihat seekor anjing memakan tanah kerana kehausan.

Lalu lelaki itu mengambil kasut lalu memberikan air kepada anjing itu dengan kasut tersebut sehingga anjing itu hilang dahaga.

Lalu Allah bersyukur kepada lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, Bab Iza Syariba Al-Kalb.., hadis no: 173].

Kisah2 ini mengajarkan kita bahawa ikhlas membantu makhluk Allah, dari manusia, haiwan, tumbuhan dll, itu mampu membawa seorang wanita yang dipandang hina ke syurga, juga seorang lelaki dari kalangan biasa.

KONGSI2KAN agar kita dapat sebarkan keperihatinan Islam dan role modelling oleh Rasulullah SAW.

#biarbyzaidmohamad


Share this

Leave a Comment