ZaidMohamad.com

Krisis spiritual

Share this

Assalamualaikum, Salam Jumaat.

Krisis spiritual yang melanda generasi muda (dan tua) sememangnya telah diberi amaran oleh Rasulullah SAW.

Ini sebagai amaran & ujian kpd kita, ibu bapa dan anak2, agar kita tidak terjebak.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.”

Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah:

  1. Terlalu banyak bersukaria
  2. Terlalu mewah
  3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
  4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
  5. Saling memarahi
  6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain” [HR Hakimi]

Sounds familiar?

Semakin banyak rancangan agama, semakin ramai pula yg tak pandai asas agama.

Namun, kita janganlah terlalu kecewa dan negatif akan isu ini, lantas mencari salah pelbagai pihak – sekolah, keluarga, org dewasa dan anak muda. Kita tak akan ke mana jika asyik mengeluh dan bergaduh sesama sendiri sahaja.

Ibu bapa salahkan sekolah.
Sekolah salahkan ibu bapa.
Masyarakat salahkan masyarakat.
Bangsa salahkan bangsa.

Sementara itu, anak2 terus hanyut ke laut.

ini bukan masalah umat Islam sahaja tapi masalah global. Dgn wujudnya media sosial dan globalisasi, 6 penyakit ini mudah dan sudah jadi pandemik.

Saya ulang sekali lagi 6 penyakit tersebut:

  1. Terlalu banyak bersukaria
  2. Terlalu mewah
  3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
  4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
  5. Saling memarahi
  6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain

Jika dilihat secara positif, ini semua kehendak Allah. Mungkin ini proses saringan antara hamba yang diredhai atau dimurkai.

Agak2 kita berada di kumpulan mana? Baik kita check hati, sebelum mati.

Rasulullah SAW pun dah bagi amaran. Apakah kita sekadar mengeluh dan menuding jari dan merasa puas hati, atau kita nak lakukan sesuatu demi utk menyelamatkan manusia, walaupun seorang sahaja?

Sebagai ibu bapa, mulakan dgn diri kita, pasangan dan anak2 kita. Apakah anak/cucu/cicit/ciak kita masih mampu mengucap 2 kalimah syahadah?

Jangan terlalu risau atau kecewa.


Share this

Leave a Comment