ZaidMohamad.com

Biar Membantu Sampai Terkurang Untung Asal Dunia Akhirat Allah Tolong

Share this

Berniaga itu ibadah. Kerana kita memudahkan urusan orang lain, menyelesaikan kesulitan atau meningkatkan kualiti hidup mereka.

Tapi ia juga boleh menjadi bahana, jika kita hanya mengejar habuan dunia (untung) semata2, tanpa mengira buruk baik tindakan kita.

Sebab tu Islam mengajar kita membuat akad jual-beli, supaya semua pihak redha dan gembira dgn transaksi. Kalau ada unsur2 diskriminasi, penindasan, penipuan atau pencekikan darah, akad itu tidak sah.

Jangan berkiblatkan sistem kapitalis semata2, di mana duit menghalalkan segala cara.

Berniagalah dgn jujur. Ambillah untung yg memang hak kita, tiada masalah. Tapi jangan sampai melanggar hak pembeli dari segi harga, kepuasan, keselamatan dll.

Yakinlah dgn janji Allah melalui pesanan Rasulullah SAW: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah). Nak ke nak?

Biar di dunia tak ikut kapitalis,
Asal di akhirat kita tak menangis.

Biar membantu sampai terkurang untung,
Asal dunia akhirat ALLAH TOLONG!

Rupanya, berniaga ini juga ialah tiket ke syurga… KONGSI2KAN!!!

#tiketkesyurga #biarbyzaidmohamad


Share this

Leave a Comment