
Alhamdulillah sepanjang PKP ni, skil membasuh pinggan saya semakin mantap. Tak kisahlah, piring ke, pinggan ke, gelas ke malahan periuk kuali pun saya tak ada masalah. “Bersih hingga menciutkan” kata sebuah iklan zaman 80an (siapa ingat, maaf anda tua haha) 😬🙏 Tapi saya hanya nak membantu memudahkan kerja2 memasak isteri saya. Jangan suruh saya masak, takut anda murung pulak haha 😅
Teringat ungkapan Almarhum TGNA yg juga rajin basuh pinggan di rumah walaupun tatkala itu dia MB… “Saya bukan basuh pinggan, tapi saya basuh HATI…” Lebih kurang gitu… malah ATGNA banyak kali dilihat membasuh tandas di masjid beliau… Wau!! Rupanya basuh pinggan dan tandas ni adalah salah satu cara kita rendahkan ego kita yg melambung. Ramai lelaki bergelar ayah merasakan basuh pinggan terlalu rendah level bagi mereka, apatah lagi nak basuh tandas…”itu bukan kerja aku.” Hmm, time to change! Tak jatuh maruah lelaki bila basuh pinggan dan cuci tandas. Sebaliknya, ia boleh menghapuskan rasa besar diri (ego) dlm hati. Ingat.. Iblis ditendang keluar Syurga bukan kerana ia malas beribadat, tetapi kerana EGO yg merasakan ia makhluk suci mulia… Jom kita hijrah hati kita ke arah yg bebas-ego, dan jadi CONTOH terbaik kpd anak2…. jom basuh pinggan! KONGSI2KAN!!!
You may also like:
Assalamualaikum, Salam Jumaat. Krisis spiritual yang melanda generasi muda (dan tua) sememan...
KONGSI2KAN!!
Berniaga itu ibadah. Kerana kita memudahkan urusan orang lain, menyelesaikan kesulitan atau men...
https://www.facebook.com/ikimfm/videos/2970243933053339/ Kepada yg terlepas sesi tadi, boleh i...